ONE FIVE MILLION OF FOREIGN CURRENCES WILL NOT EARN MORE

View this thread on: d.buzz | hive.blog | peakd.com | ecency.com
·@dynet·
0.000 HBD
ONE FIVE MILLION OF FOREIGN CURRENCES WILL NOT EARN MORE
![image](https://img.esteem.ws/k66gomn4ji.jpg)

 ![image](https://img.esteem.ws/mv930got5e.jpg)

MOVEMENT The Defenders of the Ummah (Ummah) take a serious look at the statement of Tan Sri Muhyiddin Yassin, the Home Minister who gives citizenship to 200,000 applicants applying for the citizenship. The Ummah expressed concern over the citizenship of citizenship which would lead to manipulation and abuse by the parties to the interests of sovereignty. In addition, Ummah also worries about the imminent implications that this petition is not well-refined as the rights they will receive for example the rights of bumiputera and the right to vote for the leader.

Therefore, the Ummah demands that the government submit the conditions set out to the applicants applying for the citizenship. These requirements are to ensure that applicants applying for citizenship are truly eligible to become citizens. Hence, Ummah proposes some of the criteria that the applicant must fulfill before the government approves 200,000 applications;
 ![image](https://img.esteem.ws/pttfj8hzd9.jpg)

 ![image](https://img.esteem.ws/2kl2713wb0.jpg)
● First, the government must ensure that the applicant is fluent in the National Language, which is Bahasa Melayu to facilitate the integration process within the Malaysian community.

● Secondly, applicants applying to learn and deepen the existing cultures in Malaysia and must raise the identity of Malaysia, namely Islam, Malay and Institution of the Malay Rulers.

● Thirdly, each applicant applying for their background needs to be investigated so that none of them come from a background that could undermine the structure of social harmony in multi-racial and religious Malaysia.

● Fourth, the Ummah demands the government to issue a list of applicants to be approved according to their race and state or country of origin so that citizens know their background.

Finally, Ummah hopes that the government will reconsider the decision to approve 200,000 citizens so that the decision will not suffocate national sovereignty and racial harmony. On the other hand, if they are really worthy of citizenship, strict screening and criterion should be imposed so that Malaysians are not indiscriminately giving citizenship but applicants indirectly care about the identity of Malaysia, namely the Islamic, Malay and Institutes of the Malay Rulers.

TUAN HAJI AMINUDDIN YAHYA
Head of Secretariat
UMMAH Defenders Movement
@dynet.

Language in Indonesia

SATU PER LIMA JUTA WARGA ASING AKAN TIDAK ASING LAGI 

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) memandang serius terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri yang memberikan kerakyatan kepada 200,000 pemohon yang memohon kerakyatan tersebut. Ummah menyatakan kebimbangan terhadap pemberian kerakyatan dengan mudah yang akan menyebabkan manipulasi serta salahguna oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sehingga boleh meggugat kedaulatan negara. Selain itu, Ummah juga bimbang akan implikasi yang bakal terjadi seandainya permohonan ini tidak diperhalusi dengan baik seperti hak-hak yang bakal mereka terima contohnya hak keistimewaan bumiputra dan hak memilih pemimpin.

Oleh itu, Ummah menuntut untuk kerajaan mengemukakan syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pemohon-pemohon yang memohon kerakyatan tersebut. Syarat-syarat ini adalah bagi memastikan pemohon yang memohon kerakyatan adalah yang benar-benar layak untuk menjadi warganegara. Justeru itu, Ummah mencadangkan beberapa kriteria-kriteria yang wajib pemohon penuhi sebelum kerajaan meluluskan 200,000 permohonan itu;

●     Pertama, kerajaan perlulah memastikan pemohon fasih Berbahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi memudahkan proses integrasi di dalam komuniti rakyat Malaysia.

●     Kedua, pemohon yang memohon wajib mempelajari dan mendalami budaya-budaya yang wujud di Malaysia dan wajib mengangkat identiti Negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu.

●     Ketiga, setiap daripada pemohon yang memohon perlu diselidik latar belakang mereka supaya tiada daripada mereka datang dari latar belakang yang boleh merosakkan struktur keharmonian sosial di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

●     Keempat, Ummah menuntut kerajaan menguar-uarkan senarai pemohon-pemohon yang akan diluluskan menurut bangsa dan negeri atau negara asal mereka supaya rakyat tahu akan latar belakang mereka.

Akhirul kalam, Ummah berharap agar kerajaan menimbang kembali keputusan untuk meluluskan 200,000 kerakyatan supaya keputusan tersebut tidak menggugat kedaulatan negara dan keharmonian kaum. Sebaliknya, jika mereka benar-benar layak diberikan kerakyatan, saringan serta kriteria yang ketat haruslah dikenakan supaya Malaysia tidaklah sewenangnya memberi kerakyatan tetapi pemohon tidak langsung peduli akan identiti Negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu.

TUAN HAJI AMINUDDIN YAHYA 
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela UMMAH 
@dynet.
👍 , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,